GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjalani kuarantin kendiri selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 ketika menghadiri sebuah majlis pada Sabtu lalu.
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Kon Yeow menjalani kuarantin selama lima hari bermula Ahad selepas diarahkan berbuat demikian oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
JKNPP juga mengarahkan beliau menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga daripada tempoh berkaitan iaitu Selasa (25 Januari).
Bagaimanapun, dua ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) yang dijalankan Kon Yeow didapati negatif.
Menurut kenyataan itu juga, beberapa individu yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat juga diarah menjalani kuarantin kendiri itu .
Dalam pada itu, JKNPP juga kini giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan.
Mereka yang berkaitan akan dihubungi JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut.
Astro Awani
Mon Jan 24 2022
Chow Kon Yeow menjalani kuarantin kendiri selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 ketika menghadiri sebuah majlis pada Sabtu lalu. - Gambar fail BERNAMA
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Suara Rakyat: Akaun Fleksibel tampung keperluan hidup
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang memilih untuk melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel akibat kos sara hidup yang tinggi.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
Ketua Menteri P.Pinang saman Tan Kok Ping berhubung kenyataan jual tanah
Chow berkata tindakan saman fitnah itu diputuskan susulan tiada percubaan oleh Tan untuk meminta maaf atau menarik balik kenyataannya.
Chow elak main politik, fokus beri perkhidmatan kepada rakyat
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan beliau mengelak daripada bermain politik yang keterlaluan sepanjang 37 tahun menjadi ahli DAP.
Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow
Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan.
Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang
Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua selepas memenangi kerusi DUN Padang Kota pada PRN yang berlangsung semalam.
PRN: Ketua Menteri P.Pinang pertahan kerusi Padang Kota
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
PRN: Chow Kon Yeow calon Ketua Menteri Pulau Pinang - DAP
Pengerusi PH, Anwar Ibrahim merestui keputusan DAP namakan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.
Wan Saiful bercita-cita jadi KM Pulau Pinang - Nie Ching
Teo Nie Ching memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful yang dilihat cuba mencampuri urusan DAP.
Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM
Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang.